Thursday, July 30, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 13/10/2014 - KAJI TERPERINCI BERHUBUNG KESELURUHAN ASPEK HALAL


KUALA LUMPUR 12Okt. - Satu kajian terperinci dalam keseluruhan aspek halal perlu dilakukan bagi mengelakkan matlamat asal peraturan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersasar.


Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Pesatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareen Said Khadaied (gambar) berkata, perkara utama yang harus dilihat adalah halal bukan sahaja terkandung dalam aspek fizikal dan kerohanian sebaliknya merangkumi pembangunan ekonomi umat islam.


Beliau berkata, dalam hubungan itu, Jakim perlu mewajibkan semua syarikat yang memohon sijil halal mempunyai akaun perbankan islam yang bertujuan memastikan dana pinjaman syarikat mahupun kewangan syarikat tidak terlibat dalam riba.


“Kajian seperti ini penting. PPIM sejak sekian lama mendesak supaya hanya satu badan dipertanggungjawabkan untuk menjaga isu halal,” katanya semasa menjadi panel bagi Tajuk Pensijilan Halal, Industri Untung Besar, Matlamat Islam Tersasar sempena Forum Pengguna 2014 anjuran PPIM, disini hari ini.


Sementara itu, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu malaysia (DPMM), Datuk Mohammad Alayuddin Che Hasan mencadangkan kerajaan termasuk Jakim mewajibkan hanya orang islam bertugas di bahagian pemprosesan halal di semua syarikat yang akan dan telah memiliki sijil halal.


Beliau berkata, melalui kaedah tersebut jaminan halal produk yang dijual oleh syarikat berkenaan adalah lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat yang meletakkan golongan bukan islam iaitu mereka yang tidak memahami konsep halal.


“Ramai orang tahu maksud halal tetapi hanya secara asas. Halal bukan aspek makanan semata-mata tetapi barangan seperti farmaseutikal dan kosmetik turut mempunyai kaitan dengan aspek halal,” katanya.

Artikel menarik :

Sheikh Imran Hosein - Islam Dan Masa Depan Wang

Berita : Kezaliman Perbankan Islam

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV

No comments:

Post a Comment