Thursday, August 27, 2015

Wujudkan Kezalimam Dalam Perbankan Islam?

Salah satu asas kenapa riba di haramkan ialah kerana ianya adalah satu bentuk kezaliman. Islam teramat sangat mementingkan keadilan dan tidak membenarkan penindasan dan kezaliman atas apa juga nama.

Di Malaysia, satu ketika dulu, Perbankan Islam wujudkan satu produk jual beli yang di namakan Bai Bithamin Ajil, sebagai satu wadah penbiayaan pembelian rumah.

Apa yang berlaku ialah. Si pembeli akan beli rumah dari pemaju pada harga, mithal RM100,000.00. Harga ini di panggil PPA( Purchase Price agreement) . Pembeli rumah akan menjual rumah atau haq pada rumah ( dalam keadaan di mana rumah belum wujud) kepada bank dengan harga RM100,000.00 ( tolak deposit yang telah di bayar) . Bank kemudian jual balik rumah itu pada pembeli dengan harga mithal nya RM200,000.00 yang perlu di bayar dalam masa 20 tahun.

Kajian kami mendapati dalam beratus kes yang kami kaji, yang melibatkan rumah terbengkalai, kami dapati seperti berikut.

a) Bank telah beli rumah yang belum siap dengan harga mithal RM100,000.00
b) Bank telah jual rumah siap pada pembeli dengan harga RM200,000.00
c) Bank akan bayar pada pemaju bila mana pemaju siapkan kerja pembinaan rumah
d) Bank baru bayar pemaju RM30,000.00 daripada RM100,000.00
e) Rumah terbengkalai.

Setelah rumah itu terbengkalai, Perbankan Islam membuat tuntutan, bukan hanya wang yang telah di bayar pada pemaju, tetapi juga wang yang belum di bayar pada pemaju dan keuntungan ke atas wang yang belum di bayar pada pemaju.

Perbankan Islam, telah tuntut mithal nya RM180,000.00 di mahkamah, dan mereka telah menang , Mahkamah telah izinkan Perbankan islam menuntut apa yang dia belum bayar dan keuntungan atas apa yang dia belum bayar.

Perkara ini telah di majukan kepada Bank Negara Malaysia, Kepada Persatuan Bank-Bank Islam(AIBIM), Persatuan Penasihat Syariah Bank Bank Islam( ASAS) dari 2012. Sehingga kini masalah ini belum di selesaikan. Pihak-pihak panel syariah bank-bank terbabit telah di mohon menerangkan asas hukum yang membenarkan mereka menuntut apa yang mereka tuntut, tetapi, tidak satu pun ahli Majlis Penasihat Syariah mana-mana Perbankan Islam, yang telah di majukan permintaan penjelaskan hukum oleh para mngsa, telah memberi jawapan berasaskan hukum Islam.

Lampiran contoh perbandingan tuntutan di mahkamah atas satu projek rumah terbengkalai di mana wujud dua jenis pembiayaan.

1) Pembiayaan konvensional
2) Pembiayaan Islamic

PERBANDINGAN TUNTUTAN DI MAHKAMAH PERBANKAN ISLAM DENGAN PERBANKAN KONVENSIONAL UNTUK PROJEK INDAH HEIGHTS DAN RUMAH YANG SAMA.

PERBANKAN KONVENSIONAL



PERBANKAN ISLAMIC


Projek tersebut adalah satu Pangsapusri Indah Heights. Kes-kes yang di paparkan adalah kes yang sudah ke mahkamah. Nama pelanggan telah di tukar (Bukan Nama Sebenar).

Berdasarkan bukti yang nyata. persoalan nya, WUJUDKAN KEZALIMAM DALAM PERBANKAN ISLAM?

Artikel menarik :

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa - Ceramah Penuh

Bagaimana Nak Hidup Jika Tidak Meminjam?



No comments:

Post a Comment