Tuesday, September 1, 2015

Perbankan Islam Menjual Nama Agama Islam?

Posted by Taufik Naaim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Tiada niat ingin menyerang mana-mana ulama ataupun pakar perunding kewangan Syariah dari mana-mana bank mahupun institusi kewangan Islam. 

Hanya ingin gambarkan apa yang terbuku di hati ini mengenai Perbankan Islam di mata pembayar hutang. Itu sahaja.

Ianya mungkin benar, mungkin tidak. Siapa yang tahu? Siapa yang ambil kisah untuk ambil tahu?
Kenapa Riba/interest itu haram?

Adakah kerana riba itu menindas dan menzalimi?
Adakah kerana riba itu memudharatkan?
Adakah kerana riba itu melibatkan masa (time value of money)?
Adakah kerana riba itu membawa kepada kebinasaan?
Adakah kerana bank tidak menggunapakai istilah yang Islamik?
Adakah kerana bank tidak mengupah perunding kewangan Syariah yang bertauliah?
Adakah kerana bank tidak mendapat sijil halal?

Cuba anda bezakan situasi di bawah, yang mana satu Islamik dan Konvensional?

(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas) 

Apa bezanya? Watak berlainan tapi situasi yang sama. Kedua-duanya menindas/menzalimi si peminjam dari segi kewangan. 

Quote satu statement seorang penasihat syariah tersohor Malaya, yang berbunyi lebih kurang begini: 

"Perbankan Islam vs Perbankan Konvensional itu sama macam kahwin. Ada yang disertakan nikah/akad (halal) dan ada yang tak nikah (tidak halal). Tapi kedua-duanya (sedap) dapat anak juga" 

Maaflah tak dapat berikan nama sebenar beliau, cukup sekadar pembayang beliau ini sering tampil di kaca tv membincangkan hal muamalat. 

Amat setuju dengan kata beliau. Walaupun pada dasarnya beliau ingin menegakkan bahawa kahwin yang disertakan nikah/akad adalah halal (Islamik). Tetapi sedapnya kepada siapa? Siapa yang akan menanggung anak itu? 

Simboliknya, tanpa mengira Islamik atau tidak, bank adalah pihak yang akan sentiasa mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari transaksi ini. 

Dan sebagai pembayar hutang, di manakah letaknya bebanan anda?
Di mana letaknya bebanan penindasan bank ni?
Bank menekan anda membayar untung kepada mereka berlipat kali ganda?
Apakah ini bukan penindasan? kezaliman?

Tidak di nafikan, bukan semua prisip Perbankan Islam yang diolah pakar perunding kewangan Syariah masakini kucar kacir bercirikan kapitalis. 

Namun gelisah melihat trend perbankan kini. Mungkin bola mata tak mampu tembus pandang setiap lapisan. Hari ini Perbankan Konvensional dikecam kerana mengamalkan konsep kapitalis menindas, sehingga berlaku krisis ekonomi hutang tidak terbayar. 

Apa bezanya dengan situasi Perbankan Islam? Dengan jumlah hutang/penindasan yang sama, mampukah para perunding kewangan Syariah kini menangkis serangan krisis ekonomi kelak?

Artikel menarik :

PERSATUAN PELANGGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MALAYSIA

What Is Your Opinion On Islamic Banking? Sheikh Imran Hosein 8 March

HUBUNGI KAMI UNTUK BANTUAN

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa - Ceramah Penuh

1 comment:

  1. As salam. Kdg2 loan yg dipinjam menerusi cara Islamik lebih tinggi kadar keuntungannya drp interest pinjaman konvensional. Kenapa jd camni? Apa2 pun sy follow blog awak yg berinformasi ini. Follower no 3. Tq.

    ReplyDelete