Thursday, August 6, 2015

BERITA HARIAN - 6/11/2014 - PPIM KESAL PENGELUAR TAK SENSITIF

Label Botol Air Mineral Dicetak Imej Patung Dewa Hindu

Oleh NOR AZIZAH MOKHTAR
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan tindakan sebuah syarikat pengeluar air mineral tempatan yang meletakkan imej patung dewa Hindu pada label botol air mineral keluaran mereka yang disifatkan tidak peka dengan sensitiviti agama.

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abdul Kareen Said Khadaled, berkata pengeluar air mineral terbabit sepatutnya peka dengan sensitiviti agama kerana produk itu dijual secara terbuka termasuk kepada orang islam.

“Ada juga logo halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) pada botol minuman bekenaan, tapi pada masa yang sama turut memaparkan imej kuil Hindu (patung dewa Hindu) di Batu Caves, Selangor. Ini penghinaan terhadap logo halal dan menimbulkan kemarahan penganut Islam,” katanya.

Buat laporan

Bercakap kepada pemberita selepas bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Sedunia, membuat lapoan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini semalam, beliau meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JAKIM mengambil tindakan terhadap pengeluaran air mineral berkenaan.

“Syarikat itu jelas tidak menghormati sensitiviti agama, selain tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini. Imej yang dipaparkan pada label itu menimbulkan keraguan dan ketidakselesaan pengguna Islam walaupun ada logo halal,” katanya.

Difahamkan, imej patung dewa Hindu itu dicetak pada label produk berkenaan bertujuan mempromosi kawasan tarikan pelancong di negara ini sempena kempen Tahun Melawat malaysia 2014.

Artikel menarik :

KOSMO - 4/11/2013 - SEKRETARIAT BEBAS MUFLIS DITUBUH

BERITA HARIAN - 13/4/2014 - 200 PEMBELI RUMAH MUFLIS

AZIZAH (Bukan Nama Sebenar)

SINAR HARIAN - 19/12/2013 - INDIVIDU MUFLIS DIBANTU

No comments:

Post a Comment